THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, April 2, 2011

ini cerita bebudak MiCoST seisi Julai 2010 (siri 2)

ari Sabtu 2/4/2011 bersamaan 28 Rabiulakhir 1432. lepas solat Subuh, memasing buat hal sendiri termasuk aku iaitu tidur sampai waktu yang tak nak dinyatakan disini sampai kul 12. kitorang sarapan pun kul 10 sebab kebanyakan geng Micot (termasuk aku skali) syok berselimut sebab sejuk. kul 12 baru la kitorang bersiap sebab majlis pun memang start kul 12.

sesampai jer kat tempat kenduri iaitu Dewan Banquet kat kuartes polis tu, aku tanpa buang masa lagi bersegeralah menjamah selera. pastu sementara nak tunggu pengantin sampai, aku pun buat la perkara2 merepek jap (agenda utama la kalo boring).aper yang buat aku gugur jantung aku ialah....CIKGU2 AKU MASA SEKOLAH RENDAH POWN ADER LA!!!! pergh segan gak nak jumpa diorang sebab aku sendiri tak perasan kalo diorang tak tegur aku........tengok jer muka diorang buat aku terus terkenang zaman sekolah rendah dulu2.

lepas dah puas makan + tengok ngan bergambar ngan pengantin, kitorang pun berangkat untuk melaksanakan plan yang seterusnya (ntuk plan ni, Hanna ngan Zaty x folo atas2 sebab2 yang tak ley dielakkan), melepak di Times Square (TS). kali ni takder la masalah sangat nak gi TS sebab dekat jer ngan tempat kenduri tu. tempat ni aku terkenang masa datang TS ni ngan member KMK aku iaitu Nazmi a.k.a Panjang. sesaper yang terasa nak uji stamina dier / bernawaitu nak kuatkan stamina dier kat tempat ekon aku memang rekomenkan sangat korang datang sini dan jelajah satu TS ni TANPA GUNAKAN LIF!!! kitorang yang baru jelajah dua/ tiga tingkat bangunan TS ni pun dah lenguh kaki (tu pun tak jelajah abis). kat sini aku sambar kasut badminton berjenama Dunlop berharga RM 69.90 lepas diskaun!

dah abih menyambar sana dan sini maka baliklah kami ke Bangi. sebelum sampai ke umah aku, kitorang makan malam lu kat Restoran Soho Seafood... sesaper yang nak rasa nasi goreng berperisa megi aku rekomenkan korang datang makan sini. nama menu tu nasi goreng Soho (RM 5) (ceehh...macam pengacara jalan-jalan cari makan lak)dah abih membedal maka teruslah kitorang ke umah aku. sesampai di umah, aku ngan geng2 aku yang len pown berpisah la kat sini sebab aku bernawaitu nak balik besok (Ahad 3/4/2011), geng2 aku lak bernawaitu nak balik malam ni jugak....maka tamatla cerita kami di Bangi+ Cheras + KL= memori kami.................

P/S: terima kasih kepada Zaty sebab jemput kitorang ke kenduri abang ko..(nanti biler ko nyer giliran, jemput kami gak...tapi sebagai VVVVVVVVIP)
terima kasih gak kepada sumer yang menjayakan cerita atau lagi tepat satu lagi memori indah bersama bebudak Micot...........

0 comments: