THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, April 2, 2011

ini cerita bebudak MiCoST seisi Julai 2010 (siri 1)

Assalamualaikum. setelah lama menyepikan diri akhirnya baru arini dapat menjelmakan diri dalam blog yg tak seberapa ni. sekarang (2/4/2011) aku berada di Bandar Baru Bangi atau lebih precise lagi rumah aku. tujuan saya balik ni ader dua sebab iaitu:

  1. menjenguk ibu dan ayah aku di Bangi...yelah sebab lama tak balik, lagi pun tak lama lagi dah nak exam, mestinya aku x dapat nak balik lepas ni sebab nak concentrate on study
  2. Abang kawan MiCoST aku, Izzati melangsungkan walimatulurus di Cheras dan satu batch aku dijemput ntuk makan nasi minyak (Zaty, biler lak giliran ko, ntuk ktrg baham nasi minyak lagi)
ktrg bertolak dari MiCoST pada ari Jumaat 1/4/2011 bersamaan 27 Rabiulakhir 1432. sampai2 kat Bangi trus kitorang menyerang umah Zaty lu. saja nak berkenalan dengan seisi keluarga Zaty (cute giler cousin ko yg nama Irfan tu Zaty). lepas lepak umah Zaty ktrg trus serbu umah aku lak sebab time tu pun dah nak masuk waktu solat Jumaat.

abih2 jer solat Jumaat aku ngan geng2 aku pun menjalankan projek kegemaran rakyat Malaysia terutamaya remaja masa kini iaitu melepak di KL!!! sasaran kitorang time tu ialah Jalan TAR sebab bebudak pompuan nak bli tudung, tapi kitorang parking kat Sogo. time kat Sogo ni la kitorang tengok banyak sale, so bebudak pompuan pown ape lagi...pepaham je la (aku pun tak tau la mana diorang dapat sponsor). lama gak ler kitorang kat situ sampai dekat kul 7 mlm. so time tu pun korang pepaham je la jalan kat KL time tu......mmg kitorang balik ke umah aku dekat kul 10 (campur lagi sebab kitorang sesat banyak kali kat KL).

sesampai kat umah aku, kitorang siap2 plak  ntuk bertolak ke Cheras ntuk menginap kat sana, sebelum gi Cheras, kitorang lepak lu kat Restoran Yus ntuk isi perut (agak la, lama giler tersekat kat jem, konpem la perut masing2 lapaq). abih makan baru la kitorg bertolak ke kuartes polis (tul ke aku eja ni....lama sangat tinggalkan subjek bahasa Malaysia) di Cheras. (bersambung dalam siri 2)

0 comments: