THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, April 29, 2011

Anime Voting Time!!!!

arini member aku (Nazmi Panjang)bagi aku satu link pasal voting anime characters....punyala payah aku nak vote sbb bnyk sgt karakter yg aku suka. so pas dah pikiaq masak2, ni ler keputusan vote aku:

ARENA 01: [Akiyama Mio] Fate Testarossa

ARENA 02: Hirasawa Ui [Abstained] Shirai Kuroko

ARENA 03: Shinonono Hōki [Tōsaka Rin]

ARENA 04: [Nagato Yuki] Louise Vallière

ARENA 05: Nakano Azusa [Abstained] Index L. Prohibitorum

ARENA 06: Fujibayashi Kyō [Abstained] Gokō Ruri (Kuroneko)

ARENA 07: [Suzumiya Haruhi] C.C.

ARENA 08: Senjōgahara Hitagi [Kasugano Sora]

ARENA 09: Asahina Mikuru [Abstained] Kōsaka Kirino

ARENA 10: [Yui] Sanzen'in Nagi

ARENA 11: Victorique de Blois [Abstained] Nymph

ARENA 12: Iwasawa Asami [Holo]

ARENA 13: Last Order [Charlotte Dunois]

ARENA 14: Sakagami Tomoyo [Abstained] Shiina

ARENA 15: [Tachibana Kanade] Laura Bodewig

ARENA 16: Aisaka Taiga [Hiiragi Kagami]

ARENA 17: Haruna [Misaka Mikoto]

ARENA 18: [Huang Lingyin] Sengoku Nadeko

ARENA 19: [Kuroi Mato] Eucliwood Hellscythe

ARENA 20: [Saber] Aragaki Ayase

ARENA 21: [Konjiki no Yami] Furukawa Nagisa

ARENA 22: [Shana] Izumi Konata

ARENA 23: Kotobuki Tsumugi [Hirasawa Yui]

ARENA 24: Seraphim [Katsura Hinagiku]

ARENA 25: Shiina Mafuyu [Nakamura Yuri]

ARENA 26: Cirno [Abstained] Reinforce II


korang boleh join gak ikut website ni (http://www.internationalsaimoe.com/voting/)
Selamat mengundi!! ^^

Saturday, April 16, 2011

Final Exam

Assalamualaikum. dah lama gak aku tak update blog ni. sebab2 dier,

  1. x der idea
  2. final exam is just around the corner
Final exam UITM untuk student diploma farmasi start pada 20/4 dan abih pada 30/4, so blog ni takkan berupdate sampai la abih exam. jadi seblom aku mengundurkan diri buat sementara waktu, aku nak ucapkan gudluck and all da best kepada sumer student yang akan menghadapi exam tak lama lagi. ampunkan gak segala salah silap aku sekiranya aku ada buat salah sama ada aku sedar atau tak. nasihat aku, banyak2 ulang kaji subjek2 yg patut dan berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T atas apa yang dah kita usahakan.

Selamat berjaya dalam peperiksaan dan semoga Allah memudahkan urusan kita dalam menjawab peperiksaan. Tak lupa gak semoga Allah mengizinkan saya untuk trus berjuang di jalan-Nya sehingga syahid. Amin....

Saturday, April 2, 2011

ini cerita bebudak MiCoST seisi Julai 2010 (siri 2)

ari Sabtu 2/4/2011 bersamaan 28 Rabiulakhir 1432. lepas solat Subuh, memasing buat hal sendiri termasuk aku iaitu tidur sampai waktu yang tak nak dinyatakan disini sampai kul 12. kitorang sarapan pun kul 10 sebab kebanyakan geng Micot (termasuk aku skali) syok berselimut sebab sejuk. kul 12 baru la kitorang bersiap sebab majlis pun memang start kul 12.

sesampai jer kat tempat kenduri iaitu Dewan Banquet kat kuartes polis tu, aku tanpa buang masa lagi bersegeralah menjamah selera. pastu sementara nak tunggu pengantin sampai, aku pun buat la perkara2 merepek jap (agenda utama la kalo boring).aper yang buat aku gugur jantung aku ialah....CIKGU2 AKU MASA SEKOLAH RENDAH POWN ADER LA!!!! pergh segan gak nak jumpa diorang sebab aku sendiri tak perasan kalo diorang tak tegur aku........tengok jer muka diorang buat aku terus terkenang zaman sekolah rendah dulu2.

lepas dah puas makan + tengok ngan bergambar ngan pengantin, kitorang pun berangkat untuk melaksanakan plan yang seterusnya (ntuk plan ni, Hanna ngan Zaty x folo atas2 sebab2 yang tak ley dielakkan), melepak di Times Square (TS). kali ni takder la masalah sangat nak gi TS sebab dekat jer ngan tempat kenduri tu. tempat ni aku terkenang masa datang TS ni ngan member KMK aku iaitu Nazmi a.k.a Panjang. sesaper yang terasa nak uji stamina dier / bernawaitu nak kuatkan stamina dier kat tempat ekon aku memang rekomenkan sangat korang datang sini dan jelajah satu TS ni TANPA GUNAKAN LIF!!! kitorang yang baru jelajah dua/ tiga tingkat bangunan TS ni pun dah lenguh kaki (tu pun tak jelajah abis). kat sini aku sambar kasut badminton berjenama Dunlop berharga RM 69.90 lepas diskaun!

dah abih menyambar sana dan sini maka baliklah kami ke Bangi. sebelum sampai ke umah aku, kitorang makan malam lu kat Restoran Soho Seafood... sesaper yang nak rasa nasi goreng berperisa megi aku rekomenkan korang datang makan sini. nama menu tu nasi goreng Soho (RM 5) (ceehh...macam pengacara jalan-jalan cari makan lak)dah abih membedal maka teruslah kitorang ke umah aku. sesampai di umah, aku ngan geng2 aku yang len pown berpisah la kat sini sebab aku bernawaitu nak balik besok (Ahad 3/4/2011), geng2 aku lak bernawaitu nak balik malam ni jugak....maka tamatla cerita kami di Bangi+ Cheras + KL= memori kami.................

P/S: terima kasih kepada Zaty sebab jemput kitorang ke kenduri abang ko..(nanti biler ko nyer giliran, jemput kami gak...tapi sebagai VVVVVVVVIP)
terima kasih gak kepada sumer yang menjayakan cerita atau lagi tepat satu lagi memori indah bersama bebudak Micot...........

ini cerita bebudak MiCoST seisi Julai 2010 (siri 1)

Assalamualaikum. setelah lama menyepikan diri akhirnya baru arini dapat menjelmakan diri dalam blog yg tak seberapa ni. sekarang (2/4/2011) aku berada di Bandar Baru Bangi atau lebih precise lagi rumah aku. tujuan saya balik ni ader dua sebab iaitu:

  1. menjenguk ibu dan ayah aku di Bangi...yelah sebab lama tak balik, lagi pun tak lama lagi dah nak exam, mestinya aku x dapat nak balik lepas ni sebab nak concentrate on study
  2. Abang kawan MiCoST aku, Izzati melangsungkan walimatulurus di Cheras dan satu batch aku dijemput ntuk makan nasi minyak (Zaty, biler lak giliran ko, ntuk ktrg baham nasi minyak lagi)
ktrg bertolak dari MiCoST pada ari Jumaat 1/4/2011 bersamaan 27 Rabiulakhir 1432. sampai2 kat Bangi trus kitorang menyerang umah Zaty lu. saja nak berkenalan dengan seisi keluarga Zaty (cute giler cousin ko yg nama Irfan tu Zaty). lepas lepak umah Zaty ktrg trus serbu umah aku lak sebab time tu pun dah nak masuk waktu solat Jumaat.

abih2 jer solat Jumaat aku ngan geng2 aku pun menjalankan projek kegemaran rakyat Malaysia terutamaya remaja masa kini iaitu melepak di KL!!! sasaran kitorang time tu ialah Jalan TAR sebab bebudak pompuan nak bli tudung, tapi kitorang parking kat Sogo. time kat Sogo ni la kitorang tengok banyak sale, so bebudak pompuan pown ape lagi...pepaham je la (aku pun tak tau la mana diorang dapat sponsor). lama gak ler kitorang kat situ sampai dekat kul 7 mlm. so time tu pun korang pepaham je la jalan kat KL time tu......mmg kitorang balik ke umah aku dekat kul 10 (campur lagi sebab kitorang sesat banyak kali kat KL).

sesampai kat umah aku, kitorang siap2 plak  ntuk bertolak ke Cheras ntuk menginap kat sana, sebelum gi Cheras, kitorang lepak lu kat Restoran Yus ntuk isi perut (agak la, lama giler tersekat kat jem, konpem la perut masing2 lapaq). abih makan baru la kitorg bertolak ke kuartes polis (tul ke aku eja ni....lama sangat tinggalkan subjek bahasa Malaysia) di Cheras. (bersambung dalam siri 2)