Yiihaa!!! lama x update blog ni sbb sibuk (skali lg aku menipu, sebenarnya tak dak idea nak merepek apa). merujuk kepada perkara di atas (ceh, macam tulis surat rasmi lak), aku ngan sumer bebudak sem 2 Micost skali lagi menjalankan projek Night Journey 2. perjalanan malam ni start lebih kuang kul 9 pm. kitorang kuar lambat pown sebab Jumaat malam Sabtu (25/2/2011) tu hujan lebat. tapi tak per la sebab kat Ayer Keroh ni pown ntah dah baper lama x hujan, sekuang-kuangnyer sejuk la skit malam ni nak membuta a.k.a tidur.
Kali ni kitorang kuar sebab nak pegi wat BBQ kat pantai apa ntah nama, x perasan la cuma yang aku tau pantai ni dekat ngan pantai Klebang, cuma nek atas skit je. sampai2 kat pantai tu hujan lak cuma nasib baiki x selebat kat Ayer Keroh. so kitorang still boleh berBBQ lagi cuma susah skit la awal-awal nak kasi idupkan api (pakai cara tradisional dan turun-temurun; bakar arang + fire starter nak kasi idup api). Rasa dekat sejam gak la baru beres keje2 nak idupkan api ngan siapkan tempat panggang. Operasi BBQ ni dimulakan dengan memanggang ayam lu. 3 ekor ayam diperam, sosej 26 ketul, sotong ngan udang menjadi santapan kitorang pada malam tu.
aku pown tak terkecuali membaham semampu tangki aku (perut) isi sebab aku x makan nasik pown masa datang, so korang faham2 je la betapa laparnyer aku lagi2 time bau ayam panggang tu naik menusuk sensory dalam nostril aku.....memang kenyang giler sampai dekat nak pecah perut....(ni dah melanggar sunnah Nabi ni, makan sebelum lapar, berenti sebelum kenyang). pastu dalam kul 1 (teka je sebab aku x tengok jam pown time tu), kitorang kasi surprise kat Hanna ngan Shai sempena besday diorang dengan kek black forest.
Dah puas makan sampai dekat pecah perut ngan sambut besday Shai ngan Hanna, kitorang pown kemas la nak balik. time ni baru aku tengok jam. tak sangka dah kul 2 pagi dah pown. padan la mata aku kuyu semacam je. kitorang sampai Micost dalam kul 2.30 pagi lebih kuang. dah masuk umah pown bukannyer aku tido lagi, sempat ber'Travian' lu + cek Facebook (besa la, 2 bende penting ni memang nak kene slalu cek). dah pueh melayan tu baru la aku light off...............ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ............
P/S:trima kasih kepada Shai kerana tumpangkan aku dalam perjalanan pergi dan Achoy ntuk perjalanan balik. dan trima kasih, thank you, arigatou kepada sumer bebudak sem 2 yang lain sebab melancarkan program BBQ ni
Friday, February 25, 2011
Night Journey 2!!
Posted by Yami at 10:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment