THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, February 12, 2011

Interlock-bab 1 (keluarga Seman)

Sinopsis:
Bab 1 fokus pada seorang pemuda Melayu yang bernama Seman. ayah dia, Pak Musa mengidap sakit tua.mak dia pula dipanggil Mak Limah. Pak Musa mempunyai bendang, rumah, lembu dengan tanah untuk bertani (farmland-sorry aku tak tau nak translate farmland dlm bahasa malaysia).

suatu malam, masa Mak Limah sedang masak untuk makan malam, Pak Musa beritahu tentang gerak hatinya yang mengatakan dia tidak mampu hidup lebih lama pada Seman. Pada masa itu juga dia beritahu yang semua harta yang ada pada Pak Musa sebenarnya kepunyaan orang lain. Mulanya Seman tidak percaya (ye la, rasanya kalo korang ader kat situasi sama ngan si Seman ni pown korang x caya gak aper yang Pak Musa bgtau), tetapi Pak Musa tetap menegaskan itulah hakikat yang sebenarnya. Pak Musa beritahu gak yang dia tidak pernah ceritakan hal sebenarnya pada isterinya kerana pada pendapatnya kaum Hawa tidak perlu tahu tentang hal kaum Adam. Pak Musa berpesan pada Seman supaya segera keluar dari rumah mereka tinggal dengan Mak Limah selepas Pak Musa meninggal dunia.

Pada tengah malam, penyakit Pak Musa menyerangnya semula sungguhpun telah diubati oleh pak utih, seorang dukun di kampungnya. Selepas bertarung dengan penyakitnya untuk beberapa ketika, Pak Musa pun meninggal dunia di sisi Mak Limah dan Seman. Pada paginya pula, urusan pengurusan dan pengebumian jenazah Pak Musa dijalankan. Ramai penduduk kampung yang datang ke rumah Seman untuk memberikan penghormatan terakhir. Seman berasa terkilan kerana dia masih tidak mengetahui siapakah pemilik sebenar harta bapanya dan lebih penting dimanakah dia dan ibunya tinggal sekiranya mereka keluar dari rumah mereka diami sekarang.(saper la x terkesima kalo x tau nak jawab persoalan ni)

Selepas dua bulan Pak Musa meninggal, Seman berasa resah dan gelisah. Ibunya menyangka Seman masih bersedih atas kematian Pak Musa. Namun sebenarnya Seman berasa susah hati memikirkan mereka harus keluar dari rumah yang mereka diami. Seman juga telah mengetahui bahawa segala harta yang dimiliki ayahnya adalah kepunyaan seorang pekedai Cina yang dipanggil Cina Panjang. Ini disebabkan Pak Musa telah berhutang padanya untuk membeli tanah dan bendang di kampung tersebut. Malahan mereka juga telah menandatangani surat perjanjian pinjaman di mana Pak Musa bersetuju untuk menyerahkan segala hartanya kepada Cina Panjang untuk melangsaikan hutangnya. Seman telah melihat surat tersebut di kedai Cina Panjang namun sayangnya Seman seorang buta huruf. Oleh itu dia tidak dapat membaca surat itu untuk memastikan kebenarannya.

Pada mulanya, Seman sukar untuk mempercayainya bahawa ayahnya telah berhutang hampir RM10 000. Namun setelah bertemu dengan tuk penghulu kampungnya, barulah Seman mengetahui bagaimana Cina Panjang memperdaya ayahnya. Menurut peraturan di Tanah Melayu, tanah tidak boleh dijual kepada orang asing. Pak Musa meminjam wang daripada Cina Panjang untuk membeli tanah. Dari situlah Cina Panjang menyuruhnya menandatangani satu surat perjanjian pinjaman yang mengatakan Pak Musa telah meminjam wangnya hampir RM10 000 sungguhpun hakikatnya Pak Musa hanya meminjam wang lebih rendah dari amaun tersebut (nak wat camna,time tu orang melayu banyak yang buta huruf, jadik senangla kene tipu atau bahasa kasaqnya;kena kencing)). Oleh itu secara tidak langsung tanah milik orang tempatan jatuh ke tangan orang asing akibat tidak mampu melangsaikan 'hutang' mereka.

Sejak itu, Cina Panjang sering datang ke rumah Seman untuk menuntut hutangnya; sama ada membahagikan hasil yang diperoleh atau menyerahkan semua harta milik Pak Musa kepada Cina Panjang. Sungguhpun penduduk kampung yang bersimpati dengan nasib Seman dan Mak Limah ingin membantunya, namun Seman menolaknya kerana ingin berdikari. Beberapa hari kemudian, penduduk kampung menyedari Seman dan Mak Limah telah menghilangkan diri dari kampung tersebut. Tiada siapa tahu bila mereka meninggalkan kampung tersebut dan di mana mereka berada.

0 comments: