THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, February 25, 2011

Ambush-Third Wave!!

pagi sabtu (26/2/2011), cam besa la, pas abih solat subuh, aku trus ke ruang tamu ntuk bertemu dengan Kona-chan aku (jangan salah faham, ni nickname ntuk netbook kesayanganku). tetiba aku terdengar bunyi yang biasa aku dengar....cuba teka apa dia??.......................................................APA LAGI KALO BUKAN MUSUH YANG SLALU AMBUSH BILIK AKU!! SKUAD TEBUAN!!! dalam ati aku dah terdetik dah "korang ni nak ambush baper kali baru puas ati korang aa??"

Hatta segeralah aku menuju ke gudang senjata aku untuk mencapai dua jenis weapon feveret aku, Coast (melee weapon) & Ivory (range weapon) ntuk 'berperang' ngan skuadron pembunuh ntuk kali ketiga. Kali ni aku berseorangan berperang ngan 13 tentera (mengikut jangkaan aku). Bila dah dua2 pasukan bertembung kat medan perang (ruang tamu), maka wajiblah berlakunya peperangan..setelah berperang selama 5 minit dengan berbekalkan Coast & Ivory, akhirnya tumbang gak skuadron yang ambush bilik aku. Berikut adalah hasil laporan peperangan pagi tadi :-

Exp gained : 26 points (25 points to go for level up)
Item gained : -
Weapon used:

Coast
Type: Melee weapon
Attack : 30
Defence : 20
ASpd : 15

Ivory
Type : Range weapon
Attack : 67
Defence : 10
ASpd : 28



Night Journey 2!!

Yiihaa!!! lama x update blog ni sbb sibuk (skali lg aku menipu, sebenarnya tak dak idea nak merepek apa). merujuk kepada perkara di atas (ceh, macam tulis surat rasmi lak), aku ngan sumer bebudak sem 2 Micost skali lagi menjalankan projek Night Journey 2. perjalanan malam ni start lebih kuang kul 9 pm. kitorang kuar lambat pown sebab Jumaat malam Sabtu (25/2/2011) tu hujan lebat. tapi tak per la sebab kat Ayer Keroh ni pown ntah dah baper lama x hujan, sekuang-kuangnyer sejuk la skit malam ni nak membuta a.k.a tidur.

 Kali ni kitorang kuar sebab nak pegi wat BBQ kat pantai apa ntah nama, x perasan la cuma yang aku tau pantai ni dekat ngan pantai Klebang, cuma nek atas skit je. sampai2 kat pantai tu hujan lak cuma nasib baiki x selebat kat Ayer Keroh. so kitorang still boleh berBBQ lagi cuma susah skit la awal-awal nak kasi idupkan api (pakai cara tradisional dan turun-temurun; bakar arang + fire starter nak kasi idup api). Rasa dekat sejam gak la baru beres keje2 nak idupkan api ngan siapkan tempat panggang. Operasi BBQ ni dimulakan dengan memanggang ayam lu. 3 ekor ayam diperam, sosej 26 ketul, sotong ngan udang menjadi santapan kitorang pada malam tu.

aku pown tak terkecuali membaham semampu tangki aku (perut) isi sebab aku x makan nasik pown masa datang, so korang faham2 je la betapa laparnyer aku lagi2 time bau ayam panggang tu naik menusuk sensory dalam nostril aku.....memang kenyang giler sampai dekat nak pecah perut....(ni dah melanggar sunnah Nabi ni, makan sebelum lapar, berenti sebelum kenyang). pastu dalam kul 1 (teka je sebab aku x tengok jam pown time tu), kitorang kasi surprise kat Hanna ngan Shai sempena besday diorang dengan kek black forest.

Dah puas makan sampai dekat pecah perut ngan sambut besday Shai ngan Hanna, kitorang pown kemas la nak balik. time ni baru aku tengok jam. tak sangka dah kul 2 pagi dah pown. padan la mata aku kuyu semacam je. kitorang sampai Micost dalam kul 2.30 pagi lebih kuang. dah masuk umah pown bukannyer aku tido lagi, sempat ber'Travian' lu + cek Facebook (besa la, 2 bende penting ni memang nak kene slalu cek). dah pueh melayan tu baru la aku light off...............ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ............

P/S:trima kasih kepada Shai kerana tumpangkan aku dalam perjalanan pergi dan Achoy ntuk perjalanan balik. dan trima kasih, thank you, arigatou kepada sumer bebudak sem 2 yang lain sebab melancarkan program BBQ ni

Tuesday, February 22, 2011

Ulasan buku Interlock

assalamualaikum w.b.t

rasanyer lama gak tak update blog ni, maklum la sibuk (walhal tak der idea nak merepek aper). apa-apa pun akhirnya abih gak akhirnya aku baca buku Interlock. Naik berpinar gak kepala nak translate citer dia dalam kepala otak aku yang dah beku + jam = sakit kepala.

Lepas aku baca buku Interlock ni, pada pendapat aku buku ni cuma citer balik apa yang terjadi waktu sebelum merdeka (kira cam sejarah la). Time tu Tanah Melayu (nama lama Semenanjung Malaysia) dijajah oleh British. British ni pulak bawak masuk pendatang-pendatang Cina dan India ke Tanah Melayu untuk mengusahakan lombong ngan estet. Masa tu tak der langsung perpaduan yang wujud antara ketiga-tiga kaum utama ni sebab pihak British ni jalankan dasar pecah dan perintah.

Aku akui ada bahagian yang kurang enak didengar cam keluarga Cina menganggap orang Melayu ni pemalas dan mundur. Ini kalo saper-saper yang tak abis baca dan cuma baca sampai part ni jer, konpem bertambah lagi la kontroversi buku ni. sebenarnya buku ni nak ceritakan camner tiga kaum utama di Malaysia; Melayu, Cina dan India bersatu. Macam aku penah bagitau dalam post sebelum ni, Interlock ni ader 4 bab. satu bab terangkan keluarga Seman (Melayu), satu bab keluarga Cing Huat (Cina) dan satu bab lagi keluarga Maniam (India).

Penulis ni aku anggap dier kreatif sebab pandai bahagikan 3 bab yang merujuk pada kaum-kaum utama yang ada kat Malaysia ni :- cuba nak bagitau yang tiga-tiga kaum ni tak bersatu sebelum kedatangan Jepun. Bab last skali bertajuk Interlock (sesape yang terer tolong terangkan kat aku maksud Interlock ni, aku tak tau la maksud dier), bab last skali ni semua watak dari ketiga-tiga bab ni disatukan. Bab ni la yang menceritakan camner perpaduan antara ketiga-tiga kaum ni terjalin dalam menuntut kemerdekaan daripada penjajahan. Senang citer bab last ni macam simbol penyatuan antara ketiga-tiga kaum di Malaysia.

So, pada pendapat aku yang mungkin kedengaran atau lagi tepat kelihatan (sebab korang tengok screen laptop/ komputer, bukan dengar citer dari mulut aku), sebenarnya yang sibuk dok kata pasal buku ni banyak kontroversi ni sebenarnya TAK ABIS BACA BUKU NI ATAU HARAM TAK BACA PUN BUKU NI (golongan tak baca ni kiranya cuma sekadar menyibuk ajer atau ada konspirasi). Jadi di sini aku nasihatkan la korang, kalo ader ape-ape khabar atau berita yang korang dengar, selidik lu. Mana la tau khabar yang korang dengar tu cuma la khabar angin atau palsu semata-mata...

Thursday, February 17, 2011

Night Journey!!

pengembaraan malam ni start pada kul 9.00 malam lebih kurang.memula skali lepak lu isi perut (ye la,nak mengembara kene isi peghut lu, baru la bertenaga tongkat ali/ kacip fatimah skit nak ngembara).


 dh abih isi perut, first skali tmpt ktrg lepak adalah FUN FAIR dekat ngan bandar Melaka (nape?? x percaye??). meronda la kitorang macam polis peronda KL survey fun fair. aku ader gak test men bingo ngan darts, hasilnyer.......HAMPEH!! HARAM TAK KENE (nak wat camner, aku lupa nak mandi bunga sebelum datang fun fair...kalo x dh lama gulung tikar fun fair tu).

Pastu dh pueh lepak + survey + men game kat fun fair barang 2 jam lebih, kitorang pusing lak kat Pantai Puteri. hajat di hati nak tangkap gambar tapi apakah daya, keterbatasan keupayaan handset kesayangan aku menyebabkan aku tak dapat nak tangkap gambar (tangkap gambar pown gelap je walaupown dh activate flash).biler tengok jam dah kul 12.30 tengah malam tu kitorang pown balik ler ke Micost...sampai2 micost pown dah pukul 1.00 pagi lebih kurang........( first time aku lepak ngan member sampai kul 1 pagi, ini namanya pecah rekod)

P/S: terima kasih banyak2 kepada Achoy sebab sudi tumpangkan aku!!


Wednesday, February 16, 2011

Test anatomy

alhamdulillah...abih gak test anatomy.setelah kepala aku nek pening nak menghafal anatomy manusia (tapi hafal lagu laju lak eh??).pe2 pown semoga kita semua, bebudak MiCoST sem 2 pass test anatomy ngan jayanya, insya allah

P/S: rasa ptg ni nak qada tido la...dah la aku jawap merepek je time test tadi...hehehehe

Ambush-Second wave!!

assalamualaikum. arini TEBUAN military base anta second wave, ambush rumah kitorang lagi. Nasib baik diorang cuma antar dalam 18 troops je, kalo anta ramai lagi...tak tau la aper jadik.skali lagi trima kasih kepada room mate aku MNF kerana sekali lagi berjaya eliminate troops yang mengancam nyawa kitorang.

Ni la antara troops yang datang menyerang bilik kitorang. skali lagi trima kasih, thank you, arigatou kepada MNF kerana berjaya eliminate troops ni

skali lagi senjata Ultimate kitorang memainkan peranan yang penting dalam menghapuskan troops TEBUAN yang mengancam nyawa.....SHIELDTOX!!!

Sunday, February 13, 2011

Ambush

assalamualaikum. hari ni mmg terbaik la.kul 6.30 pg td kene ambush ngan skuad tentera dari mana tah datang. dah la jenuh nak ngelak dari kene serang,siap ader serang dari blakang lagi. ada la dalam lebih kurang 26 troops ambush bilik aku.






ni la rupa2 troops yang serang bilik aku....skuad TEBUAN

terima kasih pada room mate aku, MNF kerana berjaya eliminate skuad ni..(bahaya ooo kalo x eliminate)

time gambar ni diamik, ader lg troops yg dok gerak2 sikit...bertarung dengan maut la lebih kurang....

 
antara senjata2 (weapons) yang digunakan nak blasah troops. 
gambar atas: surat khabar ni sebenarnya tebal lagi..ntah mana len2 nyer muka surat
gambar bawah: senjata ultimate nak bunuh tebuan....memperkenalkan SHIELDTOX!!!

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri


wahai umat islam terutamanya melayu.....jangan la korang menyambut HARI VALENTINE!!

Saturday, February 12, 2011

Interlock-bab 1 (keluarga Seman)

Sinopsis:
Bab 1 fokus pada seorang pemuda Melayu yang bernama Seman. ayah dia, Pak Musa mengidap sakit tua.mak dia pula dipanggil Mak Limah. Pak Musa mempunyai bendang, rumah, lembu dengan tanah untuk bertani (farmland-sorry aku tak tau nak translate farmland dlm bahasa malaysia).

suatu malam, masa Mak Limah sedang masak untuk makan malam, Pak Musa beritahu tentang gerak hatinya yang mengatakan dia tidak mampu hidup lebih lama pada Seman. Pada masa itu juga dia beritahu yang semua harta yang ada pada Pak Musa sebenarnya kepunyaan orang lain. Mulanya Seman tidak percaya (ye la, rasanya kalo korang ader kat situasi sama ngan si Seman ni pown korang x caya gak aper yang Pak Musa bgtau), tetapi Pak Musa tetap menegaskan itulah hakikat yang sebenarnya. Pak Musa beritahu gak yang dia tidak pernah ceritakan hal sebenarnya pada isterinya kerana pada pendapatnya kaum Hawa tidak perlu tahu tentang hal kaum Adam. Pak Musa berpesan pada Seman supaya segera keluar dari rumah mereka tinggal dengan Mak Limah selepas Pak Musa meninggal dunia.

Pada tengah malam, penyakit Pak Musa menyerangnya semula sungguhpun telah diubati oleh pak utih, seorang dukun di kampungnya. Selepas bertarung dengan penyakitnya untuk beberapa ketika, Pak Musa pun meninggal dunia di sisi Mak Limah dan Seman. Pada paginya pula, urusan pengurusan dan pengebumian jenazah Pak Musa dijalankan. Ramai penduduk kampung yang datang ke rumah Seman untuk memberikan penghormatan terakhir. Seman berasa terkilan kerana dia masih tidak mengetahui siapakah pemilik sebenar harta bapanya dan lebih penting dimanakah dia dan ibunya tinggal sekiranya mereka keluar dari rumah mereka diami sekarang.(saper la x terkesima kalo x tau nak jawab persoalan ni)

Selepas dua bulan Pak Musa meninggal, Seman berasa resah dan gelisah. Ibunya menyangka Seman masih bersedih atas kematian Pak Musa. Namun sebenarnya Seman berasa susah hati memikirkan mereka harus keluar dari rumah yang mereka diami. Seman juga telah mengetahui bahawa segala harta yang dimiliki ayahnya adalah kepunyaan seorang pekedai Cina yang dipanggil Cina Panjang. Ini disebabkan Pak Musa telah berhutang padanya untuk membeli tanah dan bendang di kampung tersebut. Malahan mereka juga telah menandatangani surat perjanjian pinjaman di mana Pak Musa bersetuju untuk menyerahkan segala hartanya kepada Cina Panjang untuk melangsaikan hutangnya. Seman telah melihat surat tersebut di kedai Cina Panjang namun sayangnya Seman seorang buta huruf. Oleh itu dia tidak dapat membaca surat itu untuk memastikan kebenarannya.

Pada mulanya, Seman sukar untuk mempercayainya bahawa ayahnya telah berhutang hampir RM10 000. Namun setelah bertemu dengan tuk penghulu kampungnya, barulah Seman mengetahui bagaimana Cina Panjang memperdaya ayahnya. Menurut peraturan di Tanah Melayu, tanah tidak boleh dijual kepada orang asing. Pak Musa meminjam wang daripada Cina Panjang untuk membeli tanah. Dari situlah Cina Panjang menyuruhnya menandatangani satu surat perjanjian pinjaman yang mengatakan Pak Musa telah meminjam wangnya hampir RM10 000 sungguhpun hakikatnya Pak Musa hanya meminjam wang lebih rendah dari amaun tersebut (nak wat camna,time tu orang melayu banyak yang buta huruf, jadik senangla kene tipu atau bahasa kasaqnya;kena kencing)). Oleh itu secara tidak langsung tanah milik orang tempatan jatuh ke tangan orang asing akibat tidak mampu melangsaikan 'hutang' mereka.

Sejak itu, Cina Panjang sering datang ke rumah Seman untuk menuntut hutangnya; sama ada membahagikan hasil yang diperoleh atau menyerahkan semua harta milik Pak Musa kepada Cina Panjang. Sungguhpun penduduk kampung yang bersimpati dengan nasib Seman dan Mak Limah ingin membantunya, namun Seman menolaknya kerana ingin berdikari. Beberapa hari kemudian, penduduk kampung menyedari Seman dan Mak Limah telah menghilangkan diri dari kampung tersebut. Tiada siapa tahu bila mereka meninggalkan kampung tersebut dan di mana mereka berada.

Interlock-buku paling famous di muka bumi malaysia

sejak akhir2 ni kita dah diperkenalkan dengan satu buku hasil karya sasterawan negara iaitu Interlock (Interlok dalam bahasa malaysia). apa yg buat buku ni terkenal atau kata omputih famous, buku ni didakwa oleh sesetengah pihak menyindir atau menyinggung perasaan kaum2 utama yang terdapat di malaysia.

nak dipendekkan cerita kedai kopi ni, aku beli la satu buku Interlock (tp bahasa omputih la, boring betul nak translate dier....asyik nak kene carik kamus) kat midvalley masa cuti pertengahan sem lu. aku beli pown sbb nak  tau gak aper yg buat org marah x tentu pasal buku ni. jadi tunggu la sinopsis ngan komen aku bab demi bab dalam buku interlock ni (ader 4 bab dalam buku ni,so amik masa skit la nak abiskan.)


sorry la gambar x baper elok, handset aku cuma 2.0 MP je

Mukaddimah

assalamualaikum w.b.t.

biasanya kalo kita beli ape2 buku kat kedai pun memang ada mukaddimah a.k.a pendahuluan...so rasanyer elok gak la aku start blog ni ngan mukaddimah gak (walaupun x tau nak tulis aper kat mukaddimah ni). disebabkan aku ni baru nak start blogging, jadik konfem la aku ader bnyk wat silap. jadi aku mintak maaf bebanyak dulu la kalo blog aku ni ader ape2 kekurangan. jadi mari la kita start agenda merepek kita.