THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 10, 2011

10 hari pertama di bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.. lama tak update blog ni sebab malas..(hahahaha). so sebelum tu aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak tahun 1432 H. kepada semua umat Islam. kali ni aku cuma nak nukilkan suasana Ramadhan dalam 10 ari pertama ni.

First skali yang aku nampak, bila time pose je, time tu la surau atau masjid penuh ngan umat Islam yg berebut-rebut mengejar pahala. Alhamdulillah, macam ni la yang kita nak. kalo time2 len, asyik2 golongan veteran je nampak kat masjid ngan surau, skarang golongan belia pown penuhkan gak saf2 kat sana. Time ni jugak la slalu dengar ayat2 suci Al- Quran berkumandang, kalo tak sebelum ni lagu2 duniawi je asyik kedengaran. banyak lagi la majlis2 keagamaan yang malas x cukup nak terangkan kat sini.

secondly, aku prasan bazar2 Ramadhan ni pown makin bertambah, so maksudnyer makin bnyk la pilihan ntuk memenuhi nafsu selera pelanggan (kita la tu). jadi pepandai la jimat tu, jgn 10 jari kita ada, sepuluh jari tu ada beg plastik berisi makanan (ntuk kawan takper la, janagan ntuk diri sendiri, tu mencekik namanya).

yang no 3 ni sronok, sebenarnya blom start pose lagi dah ada dah bende ni cuma makin meriah bila dah masuk Ramadhan iaitu PROMOSI JUALAN RAYA!!! yang ni mmg wajib ader tiap2 kali dkt nak raya cuma kali ni aku heran, awal kebeno promonyer.....nak carik duit raya siap2 ke tokey2 yang wat promo ni???

no 4 ni den tak brapo gemo dongarnyo, baru 10 ari pose dah ada kes bebudak putuih jari men mercun. apakah semua ini?? kebanyakannyer sebab men mercun buatan sendiri (Made In House la kiranyer). ni blom kalo dekat2 nak raya, ntah la brapa bnyk lagi kes?? men mercun tu tak salah (sebab aku pown men gak, hahaha!!!) cuma hati- hati la handle dier tu......ni ilmu blom penuh kat dada nak buat dah mercun sendiri. mana la tau ada 'chemical incompabilities' atau 'chemical reaction' berlaku (mungkin) masa campur2 kabait tu. tu yang mercun kekadang leh meletup tetiba tu

so akhir kata sblom mengundurkan diri wat sementara, nasihat aku kepada diri sendiri yang senantiasa alpa & leka dan jugak kepada korang yang baca blog ni;  amiklah, rebutlah peluang yang ada masa bulan Ramadhan ni ntuk memperbaiki diri sendiri demi menjadi antara umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang. sebab mungkin kita takkan dapt betemu lagi dengan bulan yang mulia ni pada tahun depan.

Sekian, Assalamualaikum w.b.t


0 comments: