THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 23, 2011

Tension!!!

OK...kali ni memang aku dah tak ley tahan lagi ngan klas BI. crita dier camni, lecturer BI aku nak wat 1 Malaysia Party kat MiCoST...bagi sesaper yang x penah masuk klas dier konpem dengan segera korang react " ok la tu....kan kita nyer PM galakkan bende2 berkaitan 1 malaysia ni"...

tapi serius cakap, bende2 yang sepatutnyer simple je dia buat lagi complicated....mau pecah gak kepala ni nak layan..bukannya ape, dier (lecturer BI) ni ambik serius sangat la..releks sudah la,mende2 camni toksah la serius sgt sampai bende2 simple jadik complicated tahap gaban......apa yang aku leh wat.....SABAR JE LA!!!

P/S: kalo ader pe2 nak komen atau kritikan, jgn segan2 ntuk post sebab aku ni pown manusia yang banyak buat silap

Tuesday, March 15, 2011

Gempa bumi di Jepun dan kesannya

assalamualaikum w.b.t. macam yang kita sumer tau, 11/3 adalah tarikh malapetaka bagi Jepun kerana berlakunya gempa bumi yang sangat kuat (8.9 skala Richter) dan menyebabkan tsunami setinggi 10 meter (agak tinggi disitu, ni kalo kene kat banguna MiCoST ni pown blum tentu boleh slamat), banyak infrastruktur rosak teruk (tumpang simpati gak, lagi2 negara ni adalah syurga anime ngan manga). tapi effect/ kesan lepas gampa bumi ngan tsunami ni boleh tahan dahsyat gak. antaranya ialah:


  1. Ekonomi Jepun jatuh: Bila ekonomi Jepun jatuh, jangan ingat cuma negara Jepun je effect, negara-negara len termasuk Malaysia gak tak terkecuali kene tempias biler ekonomi Jepun jatuh (ye la, banyak mesin-mesin kat negara kita ni import terutama dari Jepun)
  2. Reaktor nuklear meletup: Yang ni paling kritikal!! korang bayangkan la bukan satu reaktor nuklear meletup, lebih dari bilangan tu yang meletup. konpem la banyak penduduk Jepun yang kene radiasi nuklear ni. Mujurlah setakat ni dier tak merebak ke negara-negara lain, terima kasih kepada tindakan pantas kerajaan Jepun.


buat masa ni, negara kita tak der terima effect yang teruk macam radiasi nuklear ni, cuma banyak gak khabar angin yang aku dengar kononnyer radiasi nuklear kat Jepun tu dah sampai kat Malaysia. lagi skali aku ingatkan, pls la, JANGAN MUDAH PERCAYA PADA KHABAR ANGIN...kerajaan Malaysia pown dah bagitau dah setakat ni takder apa2 ancaman disebabkan radiasi nuklear tu kat Malaysia ni (kalo ader pown mesti diorang dah bagitau awal-awal).

So marila kita mendoakan keselamatan terhadap penduduk Jepun terutama yang beragama Islam dan jugak student-student Malaysia yang ada kat sana

Friday, March 11, 2011

MPP

assalamualaikum w.b.t. setelah sekian lama tak update blog ni sebab tak der idea nak merepek aper, so ari ni baru ader can nak merepek. First sekali, aku nak ucapkan setinggi-tingi tahniah kepada kawan- kawan aku yang terpilih untuk memegang jawatan MPP sesi 2011/2012. Kat bawah ni carta organisasi MPP baru:

Presiden: Muhammad Asyraf bin Ariffin (Cherah)
Naib presiden : Nurul Farhanna binti Mustafa Khan
Setiausaha: Nur Lina binti Zakaria
Bendahari: Izzati binti Hashim

so kat sini aku ucapkan congratz dan ganbatte dalam menjalankan tugas!!

Thursday, March 3, 2011

Tak der idea tajuk ape

assalamualaikum. lama gak tak berblogging ni sebab sibuk ngan kuiz microb ngan test kimia yang mencabar akal fikiran manusia. so malam ni sebagai raikan atau dalam bahasa omputihnyer celebrate abihnyer kuiz microb ngan test kimia, kitorang (bebudak lelaki sem 2) pown kluar la memalam dengan nawaitu makan McD kat MBMB.

syurga French Fries McD. digalakkan tengok kalau lapar tapi tak digalakkan tengok time pose

abih- abih membedal McD sampai penuh tangki, kitorang pegi lak kat Dataran MBMB ntuk aktiviti faveret remaja-remaja zaman skarang, MELEPAK!!!!! Ntuk aktiviti ni bebudak pompuan sem kitorang (kecuali Aina sebab beliau tak folo) pown ada sekali ntuk memeriahkan majlis melepak ni. Maka melepak la kitorang kat dataran tu sampai kul 11 malam sebelum balik MiCoST (boring tul ngan rule kene balik kul 11 malam ni, tak rock la)

sorry, handset aku tak baper elok la gambar dier, kene lak tukang amik gambarnyer (aku la tu) tahap amatur

calon-calon suami dan isteri. beminat hubungi 019-xxxxxxxx